Tuesday, September 28, 2010

main tembak-tembak jap....

yg kalah pun nk bergambar gak...
pihak yg kalah....

Wednesday, April 14, 2010

Tuesday, October 27, 2009

wedding photoshoot

sape nak tgk gambar afar kahwin, klik link nih

StEnZ! | dEsiGn

.lain2 gambar akan diupload dalam masa terdekat atau mintak ngan apar

Tuesday, October 20, 2009

Bowling Time




Pemenang untuk pertandingan bowling NIC kategori warga emas jatuh kepada saudara uncle.tahniah kami ucapkan.

Friday, October 9, 2009

Saudagar Burger nak KAHWIN!!!!

Kepada semua member NIC.jemput2lah hadirkan diri ke majlis perkahwinan saudagar burger termasyhur di melaka.Korang leh datang umah aku ngan kete masing2.tapi jgn buat bising sudah la almaklumlah nanti xpasal2 kene marah ngan orang kampung.sape yg bikin pipe bunyi cam kapal tu parking jauh2 sket yea,nnt rosak plak majlis aku.hahahaha....meja vvip untuk ahli neo akan diusahakan ( meja buruk sudah ).sebelum datang korang singgah la basuh kete kat bhp bukan mahal pon RM3 je dicucu oleh mat2 bangla bagi memeriahkan lagi majlis raja sehari aku dengan kilauan kete2 neo korang.kepada saudara IJAN , dtg jgn x dtg kite buat gathering kat sane.pas basuh kete bleh la singgah digedung2 membeli belah berdekatan untuk membeli hadiah kahwin kat aku ( korang ingt dtg makan nasi free je ke.aku nk adiah gak ).hadiah kecik2 xmain ok atleast bawak la sport rim 19", spoiler, tinted atau Tabung tengah. bagi pihak perempuan pulak ko bg je peti ais, kipas, set dapur atau set bilik tidur untuk aku selesa di mlm pertama...sesi bergambar turut diadakan pada hari tersebut yea.sape2 nk shoot ngan aku bleh tapi ngan bini aku sorry la eh, hak milik kekal.kepada sesiapa yg nak kahwin,berminat boleh buat tempahan banner, bunting , card kawin and photography ngan ajiem_16
sekian dahulu ucapan dari aku Apar.jgn lupe datang tau.sape x dtg bakar je neo tu.hahaha wassala.

Salam Sayang dari aku dan bakal isteri.

Friday, September 4, 2009

Peringatan untuk semua especially musim2 perayaan ni

Diceritakan semula oleh StEnZ! tapi bukan Neo aku la, kete aku ade kotak2 n jalur2 gemilang ( pedoman untuk ahli NIC )

Jam 0130, 17 Ogos 2009, aku dalam perjalanan pulang ke Bukit Tunku selepas supper bersama rakan di Kg. Baru.. Setiba di Jalan Kinabalu, ada sebuah kereta menghimpit aku di sebelah kiri.. Aku cuba mengelak ke kanan dan terlanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu kereta aku tercampak perlahan ke kiri jalan dengan keadaan tayar belakang over steer.. Untuk mengawal kereta dari terus berpusing, aku pun tekan la pedal minyak.. Oleh kerana jalan licin, tayar depan aku spin lalu tercampak dengan lajunya ke dalam Sungai Klang..

Dengan berbekalkan ilmu yang aku pelajari dari Discovery Channel, aku sempat membuka pintu sebelum kereta aku masuk ke dalam sungai.. Air masuk ke dalam kereta dengan lajunya kerana paras air sungai yang tinggi disebabkan hujan pada petang tersebut.. Cabut seat belt, aku terus pecahkan cermin sebelah driver untuk mengurangkan tekanan yang menghimpit pintu sebelah driver sambil membuka pintu dan terus berenang ke luar kereta melawan arus sungai yang agak deras...

Aku selamat.. Cuma cedera ringan di tangan, siku, bahu, dahi, tengkuk dan juga peha.. Syukur.. Nak kena bertaubat ni..


Kereta aku mungkin total lost coz chassis dah lari habis.. Pillar dah bengkok..

Aku bersyukur masih selamat.. Banyak kebarangkalian yang tidak berlaku yang mungkin akan menyebabkan kematian aku seperti short circuit masa aku masih dalam kereta atau kereta aku hentam konkrit yang kat tepi sungai tu.. syukur...

Berkongsi ilmu sikit,

Kalau kereta dah nak masuk air, cepat-cepat buka pintu dan tingkap.... Macam kes aku, aku sempat buka pintu je.. Tapi bila dah jatuh, pintu tu tertutup balik.. Tapi tak rapat la.. Even tak rapat pun, aku masih susah nak buka balik disebabkan tekanan air yang kuat.. Aku kena pecahkan cermin tingkap sebelah aku untuk kurangkan tekanan air dan buka pintu.. Tekanan masih kuat masa tu tapi tidak la sekuat kalau tingkap tak buka.. Aku cuma mampu buka pintu sikit je, muat-muat badan aku nak keluar..

JANGAN TANGGALKAN SEAT BELT SEBELUM KERETA MENDARAT.. Ini penting.. Seat belt memang akan menyusahkan anda keluar.. Lagi-lagi yang pakai harness dan full bucket.. Tapi dalam kes aku, seat belt la yang selamatkan aku dari terhumban ke cermin depan aku yang memang dah pecah.. Seat belt juga la yang buatkan aku masih melekat kat seat.. Kalau tak pakai, aku rasa air dah tolak aku kena kat body kereta dah, tak pun kena kat cermin depan yang dah pecah..

Dah masuk dalam air, memang lemas.. Macam kes aku, lepas kereta dah mendarat kat dasar sungai, air terus masuk sampai tenggelam kereta.. Takde kesian dah.. Lemas camne pun, JANGAN GELABAH.. Mula memang aku gelabah.. Sebab aku gelabah la aku buang masa dalam 5 minit kat dalam kereta untuk cabut seat belt.. Lepas 5 minit baru aku try tenangkan diri dan hasilnya, aku dapat cabut seat belt senang je..

Dah cabut seat belt, cuba cari jalan keluar dari kereta secepat mungkin.. Macam kes aku, aku pecah cermin belah driver dan buka pintu.. Aku keluar ikut pintu.. Kalau terpaksa pecah cermin, pecah pakai kaki.. Aku pecah pakai tangan sebab aku dah tak fikir apa.. Akibatnya, aku mengalami kesukaran untuk berenang sebab tangan aku pedih giler..

Dah keluar, JANGAN LEPAK ATAS BUMBUNG KERETA menunggu bantuan.. Berenang secepat mungkin ke tebing.. Tak reti berenang pun, cuba juga berenang.. Berenang macam anjing pun takpe, asalkan berjaya jauhkan diri dari kereta.. Kita tak tahu bila kereta akan meletup atau short circuit akan berlaku.. Macam kes aku, aku tak berenang ke tebing.. Aku asyik fikir nak selamatkan beg dan juga external drive office awek aku.. Pas dah keluar kereta, aku hulur tangan kat boot untuk amik beg, kemudian baru aku berenang ke tebing.. Nasib aku baik sebab tak jadi apa-apa.. Aku tak dapat bayangkan kalau masa aku tengah sibuk nak tarik beg tu kereta aku short atau terbakar.. Mahu rentung aku..

Itu sahaja yang mampu aku kongsi pengalaman.. Harap korang boleh ambil masa baca apa yang aku taip ni untuk kegunaan kemudian hari.. Kita tak mintak tapi takdir kita siapa yang tahu.. Yang paling penting, bawa kereta berhati-hati dan ikut peraturan.. Nak mod kereta bagi laju boleh tapi biar guna dengan cara yang betul..


pesanan penaja : BERHATI2 DIJALAN RAYA DI MUSIM RAYA, SELAMAT HARI RAYA